Assalamualaikum.
yeah!yeah!yeah!
alhamdulillah, da lulus da..
untuk motor..
tp kena tunggu lepas 3 hari bekerja baru boleh buat lesen.
masa belajar dulu ambil dua2 skali..
motor ngan kereta..
kereta da lepas da sebelum masuk tahun 2 hari tu..
motor je ni yang lambat sikit..
sampai lesen L kena renew dua kali..
(jenis sayang duit xnak renew 6 bulan terus)
cerita pasal jpj test untuk kereta.
nak nangis bila teringat.
ulang 2 kali kowt.
asalnya x lepas bahagian II tu,
which is litar.
punyalah confident kat bukit tu,
tup2 kat situ la sangkut.
lantas terus kena keluar kereta, encik jpj suruh.
secara automatik nya of course,
parking dan 3 penjuru x boleh buat.
boleh pula x pernah2 berundur ke belakang
masa practice sebelum2 tu..
tetiba hari test tu menggelongsor pula..
dah macam naik kereta naik gelongsor da,
bukan bukit lagi..
haih~
anyway,
betullah orang kata..
walaupn kita x yakin dengan diri sendiri.
sentiasa yakin dengan Dia..
yup.. trust in Allah, always.
tetiba nak masuk unsur tazkirah jap ni..
first2 sebab final baru ni la,
memang rasa macam da nak gagal je..
but i think it was because I really believe in Him,
alhamdulillah lulus semua modul.
gred tu belakang cerita la..
and masa jpj test hari ni,
RPK ke apebenda tuh memang x pernah tahu langsung.
x pernah buat sebelum ni.
malam tadi la first time pergi search kat yt,
tengok macam mana nak buat dia.
pagi tadi awal2 lagi dah pergi try tgk kat motor abah,
tapi of course lain.
motor belajar motor lama punya.
haha!
x terkilan pun dapat no 49/51 sebenarnya.
sebab dapat peluang tgk orang lain buat macam mana.
kalau dapat no awal2 tadi mmg da pasrah da..
da jeling2 tengok calon ulangan,
i'll be joining them in the future (dalam hati)
tup2 nasib baik lulus.
as said earlier,
always trust Allah!
hmm..
point utama blog ni sebenarnya nak citer
detail pasal jpj test tu.
almaklumlah sekarang kan da berubah sket,
compared to masa gendut dan gemuk amik
lesen dulu2..
act,
jpj test utk B2 ni ada 2 bahagian je.
Bahagian II dan III
so, kita tengok bahagian II dulu la..
most of the time dia punya kronologi,
akan ikut tempat belajar/tempat test tu.
macam saya punya ni dekat,
Pusat Memandu ZapCity, Melaka.
tolong promote jap..
first start dengan RPK. Rutin Pemeriksaan Kenderaan.
dalam ni, kena check,
1.petrol dan penutup tangki
2.tayar(angin dan bunga)
3.cermin sisi
4.rantai(motor punya bukan yang dipakai di leher tu)
5.lampu depan belakang, sekali dengan lampu isyarat
6.no plat
7.roadtax
8.minyak enjin
9.bateri
10.tools
lepas tu, kalau kat Zapcity, start dengan titi dulu.
tapi sebelum buat ujian tu, kena perform RSM dulu,
iaitu rutin sebelum menunggang,
ni yang macam biasa selalu kena buat tu.
check brake, cermin sisi, panel, lampu depan belakang,
lampu isyarat kiri kanan.
habis RSM, hon dan teruskan dengan ujian atas titi.
yang paling penting atas titi ni,
tidak boleh kurang 7 saat,
tidak boleh jatuh, dan tidak boleh cecah kaki.
kalau buat, terus pergi tepi, parking motosikal.
dan terus ke bahagian III.
to be honest,
this is just my tips je la.
awal2 tu masuk gear 3, bila da sampai atas titi,
tekan brek slow2, sambil tangan putar throttle tu,
jangan brek sampai terberhenti pulak.
kalau ikut tips cikgu pengajar,
guna gear 2 sebab lebih stabil,
lepas tu atas titi tu, kira dalam hati,
satu ribu satu, satu ribu dua sampai satu ribu tujuh,
kalau masa turun tu dah habis kira,
maknanya lulus la tu,
sebab lebih dari 7 saat.
rintangan antara kon,
ni agak senang kowt? malas citer panjang.
brek kecemasan,
ni ada masa.
masa dia 6 saat.
my tips,
guna gear 3 sedari awal,
pulas throttle tu, lebih2 pun xpe,
agak2 nak sampai tengah2 kotak tu,
tekan brek tangan dan kaki.
maka keluar lah bunyi screeeettchhh..
moving on to jalan tidak rata.
ni xde personal tips.
tapi pengajar kata,
daripada tempat brek tadi,
guna gear 1,
da jalan sket guna gear 2,
pulas la throttle tu.
bila sampai kat 1st bumper,
lepas throttle,
dah turun in between bumper,
pulas lagi,
dah naik atas bumper ke2,
lepas.
pulas lepas pulas lepas katanya.
untuk setiap bumper.
yang penting, kaki jangan turun,
jangan terkeluar garisan.
actually,
masa practice pernah lepas halangan ni
3 kali je..
and that is a day before,
which is yesterday.
yang lain semua terloncat-loncat macam
orang naik kuda,
lepas tu terberhenti dan enjin mati.
haha!
nasib baik la lepas tadi. kuasa Allah.
dah habis situ, sambung kat angka 8 tu pulak,
pengajar kata guna gear 2 senang.
lepas tu, dekat selekoh tajam pulak.
pun sama, guna gear 2.
markah untuk lulus bahagian II, 32/40.
maknanya boleh kurang 8 markah je.
ingat nak riak kejap bagitahu markah saya berapa,
tapi x pe la.. x baik..
yg pastinya memang akan ada hilang markah kat sini,
so don't worry la kalau x dapat markah penuh.
sebab memang susah, unless if you are really perfect
kowt?
BAHAGIAN III
5 benda penting kena ingat,
Satu,
nak mulakan perjalanan, masuk gear, pandang belakang,
angkat tangan kanan, pandang belakang lagi,
pusing kepala kiri kanan belakang,
ok boleh gerak.
Dua,
nak tukar lorong,
kata la, daripada lorong kiri sekali,
nak tukar kanan sekali (ke tengah)
bagi signal lampu isyarat kanan,
pandang belakang, angkat tangan kanan,
pandang belakang, dan tukar laluan.
Tiga,
nak berhenti,
kepak2 tangan tu,
haha..
lambai tangan tu 3 kali,
tekan brek kaki, turunkan kaki kiri, berhenti.
dan angkat tangan kanan macam nak baca ikrar tu.
Empat,
nak membelok,
guna lampu signal je,
xyah susah2 angkat tangan bagai dah.
Lima,
lepas berhenti, turun kaki kiri dulu,
sebab kaki kanan kan dekat brek.
turun kaki kanan, naikkan kaki kiri,
untuk free kan atau tukar gear,
dah siap tu, turunkan kaki kiri,
naikkan kaki kanan balik.
baru jalan.
mohon jangan turunkan dua2 kaki serentak,
harap maaf.
sama je macam Bahagian II, markah lulus bahagian ni
32/40.
pesanan penaja,
jpj test untuk motor ni memang susah.
seriously susah,
kalau rasa macam xde keperluan tu,
xpayah belajar xpe.
bt tbh,
mana ada benda yang senang dalam dunia ini..
anyway, that's it la.
harap nya membantu la.
panjang ni tulis..
so,da~
sekian, terima kasih.
p/s: saja sharing2 sebab semalam google tips jpj test,
macam x jumpa pape pun..
p/s 2: as mention earlier, x sure kalau tempat belajar lain,
sama ke x benda2 kat atas ni.
Help me a lot tho! THANKS
ReplyDeleteThanks girl.
ReplyDelete